Earn 1 point for every RM10 spent on our website. Happy shopping!

Persediaan Menyambut Ramadan 1441 di musim Pandemik Covid-19

Facebook
Twitter

Ramadan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Ramadan kali ini bakal disambut dalam keadaan dunia di selubungi oleh pandemik Covid-19 yang telah mengorbankan ratusan ribu manusia. Namun begitu Ramadan ini Insha Allah bakal menjadi penyembuh segala kesakitan dan kesengsaraan  yang dialami oleh umat Islam khususnya.

Persediaan menyambut Ramadan mempunyai 3 bahagian utama iaitu;

1. Persediaan Mental dan spiritual

Persediaan dari segi mental adalah dari sudut ‘mindset’ dimana kita bersedia untuk bangun lebih awal dari biasa dengan tujuan ibadat iaitu solat malam (qiyam), dan juga untuk menyediakan makanan sahur buat seluruh ahli keluarga (juga satu ibadah). Kenangan dan memori yang tersimpan di dalam memori penulis adalah kedua-dua ibubapa penulis akan bangun seawal jam 3 pagi untuk menunaikan solat malam bersama-sama kemudian setelah selesai solat, ibu ke dapur untuk menyediakan makanan sahur dan ayah akan menemani ibu dengan membaca Quran di dapur.

Persediaan spiritual pula adalah dari sudut ‘mindset’ dan ‘target’ yang ingin dicapai dalam bulan Ramadan yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Persediaan boleh dilakukan secara bertulis dan ‘checklist’ seperti berikut.

Tuliskan senarai zikir, istighfar dan doa yang ingin dibaca setiap hari dan catatkan di dalam buku nota kecil khas supaya dapat memberi motivasi kepada diri sendiri dalam melaksanakan senarai tersebut secara berterusan.

2. Persediaan Fizikal

Bulan Ramadan memerlukan kita mempunyai stamina yang cukup untuk beribadat di malam hari dan berkerja di siang hari. Oleh itu penting untuk kita menjaga pemakanan seimbang, pengambilan air yang mencukupi serta bersenam dengan senaman yang bersesuaian.

Antara senaman yang sesuai pada bulan Ramadan adalah teknik-teknik meregangkan otot dan ‘plank exercise’ yang boleh di rujuk di laman carian.

3. Persediaan Persekitaran 

Persekitaran memainkan peranan yang penting untuk memberi motivasi kepada kita dalam beribadat. Untuk itu mulakan dengan mengemas dan menyususun sudut khas utuk beribadat di dalam rumah. Ajak anak-anak untuk turut serta membuat banner atau menampal tulisan ‘Selamat Datang Ramadan’, ‘Ahlan ya Ramadan’ contohnya.

Aktiviti ini secara tidak langsung menjadi aktiviti bersama-sama yang dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak. Ibubapa juga mengambil peluang ini menceritakan kelebihan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain kepada anak-anak agar mereka turut merasa teruja untuk menyambut kedatangan Ramadan yang mulia ini.

Kemaskan ruang pantri atau tempat menyimpan barang makanan dan membuat senarai keperluan makanan sepanjang bulan Ramadan agar kita tidak perlu menghabiskan banyak masa di kedai untuk membeli keperluan harian. Membuat jadual menu setiap hari untuk sahur, berbuka puasa dan juga snek di waktu malam.

Dengan jadual menu ini dapat mengurangkan masa seharian kita untuk berfikir menu untuk dimasak setiap hari serta memudahkan urusan untuk membeli bahan mentah untuk memasak.

Ibubapa juga digalakkan untuk memasak dan membekukan menu makanan yang bersesuaian untuk disimpan dalam jangkamasa 1-2 minggu bagi persediaan waktu-waktu kecemasan umpamanya terlambat bangun untuk sahur atau kekangan masa untuk memasak dalam waktu yang singkat untuk berbuka.

Semoga Ramadan kali ini tidak menjadi penghalang untuk kita menggandakan ibadat kita dan menggunakan masa yang ada di rumah ini dengan sebaiknya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Hi Mommy,
Login/Register