- Pilih Pakaian yang dibuat daripada kapas asli
Pakaian yang dibuat daripada kapas asli dapat memberi pengudaran yang baik kepada kulit dengan membenarkan pengaliran udara keluar dan masuk dengan lancar. Apabila kanak-kanak berpeluh, kain kapas dapat mengurangkan rasa tidak selesa dengan mempercepatkan kadar penyerapan peluh, oleh itu anak anda akan lebih selesa walaupun aktif bergerak.
2. Pilih pakaian berwarna lembut atau polos
Warna memainkan peranan kepada emosi dan psikologi kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Warna yang lembut seperti baby pink, unggu pastel memberi kesan tenang, lemah lembut dan juga kasih sayang.
Warna yang lembut dan polos juga memberi imej yang bersih dan suci. Kanak-kanak kelihatan lebih menyerlah apabila bergambar dengan pakaian berwarna lembut dan polos.
Pakaian bercorak juga sesuai untuk kanak-kanak. Pilih corak yang bersaiz kecil dan sederhana serta bentuk corak yang ringkas. Corak yang terlalu berat dan gabungan warna yang terlalu banyak menimbulkn rasa serabut dan tidak tenang.
3. Potongan pakaian yang longgar dan menepati saiz
Pilih pakaian yang mempunyai potongan yang menepati saiz tubuh kanak-kanak itu sendiri supaya tidak terlalu besar, labuh atau terlalu singkat dan ketat.
Rujuk ukuran yang diberikan sebelum membuat pembelian secara online dan ukur tubuh anak untuk memastikan pakaian tersebut bersesuaian dengan saiz yang dicadangkan.
Elakkan memilih pakaian yang mendedahkan tubuh kanak-kanak seperti kain yang terbelah, bukaan dada yang luas dan potongan baju yang kelihatan dewasa. Elak mendewasakan anak sebelum usia dengan fesyen dan gaya orang dewasa.
4. Aksesori yang lembut
Pilih aksesori yang tidak tajam, lembut dan tumpul. Sebaiknya dibuat daripada fabrik yang lembut. Aksesori yang keras dan tidak tumpul boleh menyebabkan kecederaan sekiranya tergesel atau tersentap dengan kuat walaupun secara tidak sengaja, umpamanya apabila kanak-kanak berlari dan terjatuh apabila memakai pakaian yang mempunyai aksesori tersebut.
5. Padanan warna antara baju dan aksesori-aksesori lain
Warna yang paling mudah disuaikan dengan semua warna adalah warna pastel dan warna natural. Bagi kanak-kanak perempuan, warna pink lembut sentiasa menjadi pilihan utama kerana kebanyakan anak perempuan gemar warna pink.
Namun begitu warna-warna lain juga sesuai untuk mereka umpamanya warna terang dan garang. Pastikan tidak lebih dari 3 warna apabila memilih pakaian. Terlalu banyak warna boleh mengganggu fokus dan menimbulkan rasa resah pada sesorang yang mempunyai sensitiviti pada deria penglihatan.
2 thoughts on “5 Tips Agar Anak Anda Selesa dan Kelihatan Bergaya di Hari Raya Dengan Pakaian yang Dibeli Secara Online”
Cantik dan selesa
Warna pastel