Bahaya Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak yang Ibubapa Wajib Ambil Tahu

Facebook
Twitter
Pedofilia bijak menyembunyikan perbuatan keji mereka disebalik imej yang baik dan bersih.

Pedofilia adalah gangguan psikologi individu remaja atau dewasa yang berumur 5 tahun lebih tua daripada kanak-kanak untuk didiagnosis sebagai pedofilia.

Golongan ini mempunyai perasaan terhadap kanak-kanak sehingga sanggup melakukan hubungan seksual dengan mereka. Terdapat juga pedofilia yang sanggup mendera anak-anak ini secara seksual demi memuaskan nafsu liar mereka.

Pedofilia gemar mengambil dan menyimpan gambar atau video kanak-kanak yang disukainya

CIRI-CIRI PEDOFILIA

a. Mengguna dan menyimpan video atau gambar pornografi kanak-kanak

b. Obsess dengan kanak-kanak tersebut sehingga sanggup bertindak di luar jangkaan

c. Boleh jadi pedofilia adalah orang yang paling dekat dengan keluarga kanak-kanak tersebut

d. Pandai berselindung tentang kegiatannya di sebalik imej yang bersih dan sempurna

e. Sentiasa memerhatikan anak-anak dengan pandangan yang kurang menyenangkan

Penyalahgunaan internet mendorong kepada gangguan psikologi yang serius seperti Pedofilia

PUNCA PEDOFILIA

a. Penggunaan tanpa kawalan serta penyalahgunaan internet menjadikan bahan berunsur lucah semakin mudah diakses terutamanya individu yang cenderung ke arah itu.

b. Kurangnya kesedaran orang dewasa dalam mengawasi pergerakan, pergaulan dan perubahan pada anak-anak.

c. Kelemahan anak-anak itu sendiri menyebabkan golongan ini mudah mengambil kesempatan ke atas golongan yang fitrahnya masih belum mampu berdikari.

d. Tidak mempunyai pegangan dan penghayatan agama yang mendalam di dalam jiwa mereka. Oleh itu mereka cenderung untuk memilih terus hanyut dalam perbuatan keji tersebut.

e. Tidak memiliki pergaulan yang sihat dan baik dalam kehidupan harian mereka yang mampu membimbing dan mempengaruhi hidupnya dalam menjadi individu dan hamba Allah yang baik.

Elakkan memuat turun gambar anak-anak berpakaian yang mendedahkan aurat dan anggota badan.

CARA UNTUK MENGELAK ANAK KITA MENJADI MANGSA PEDOFILIA

a. Tidak post gambar anak-anak di media sosial dengan berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna sama ada lelaki atau perempuan.

b. Tidak update atau check in di mana-mana media sosial lokasi anak-anak berada

c. Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa pun yang menyentuh 4 tempat sulit mereka kecuali hanya mereka sendiri, walaupun ibu bapa iaitu kemaluan, punggung, dada dan mulut.

d. Beri perhatian dan cakna jika anak-anak mengadu tidak selesa dengan seseorang individu.

e. Tidak membiarkan anak-anak keluar berseorangan di bawah pengawasan individu yang anak-anak mengadu tidak selesa.

f. Jangan membiarkan anak-anak duduk di atas riba sesiapa terutamanya lelaki.

g. Ajar anak-anak nama tempat sulit dengan nama yang betul, bukan nama samaran.

h. Galakkan anak-anak berpakaian sopan dan tidak mendedahkan aurat sejak dari awal usia.

Adik Eve berusia 7 tahun mengenakan dress dan instant shawl daripada jenama The Els.

Terdapat banyak kes culik dan rogol yang melibatkan kanak-kanak di Malaysia. Namun, ramai yang masih tidak menyedari bahawa kes-kes ini berkait rapat dengan pedofilia.

Masih ingatkah dengan kes Nurin Jazlin Jazimin pada tahun 2007 yang mayatnya ditemui dalam keadaan yang menyayat hati? Bedah siasat adik Nurin mendapati bahawa beliau diseksa dan diperlakukan dengan kejam pada bahagian alat sulitnya. Kejadian yang menyayat hati ini perlu menjadi titik tolak dalam memberi kesedaran serta memerangi golongan ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Hi Mommy,
Login/Register