Lima (5) perkara ibubapa wajib ajar pada anak-anak berusia 3 tahun dan ke atas tentang keselamatan diri

Facebook
Twitter

 

1. Didik anak mengenal 2 jenis sentuhan iaitu sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Sentuhan selamat adalah seperti ciuman di pipi, memeluk dan juga bersalam. Sentuhan tidak selamat pula berlaku pada tempat sulit.

Terdapat empat (4) tempat sulit yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sahaja termasuk ibubapa, guru dan sebagainya iaitu; mulut, dada, kemaluan dan punggung.

Gambar: http://bit.ly/2VDxdpn

Jika terdapat individu yang sentuh 4 tempat ini, ajar anak untuk menjerit dan menangis sekuat-kuatnya kemudian melaporkan kepada individu lain yang boleh dipercayai seperti ibubapa atau mereka yang telah disenaraikan boleh dipercayai.

Nota tambahan: Sesuai untuk anak yang telah di ‘potty train’ atau tidak lagi memakai lampin pakai buang. Anak-anak juga sesuai diajar ‘potty train’ seawal usia 2 tahun.

2. Jangan duduk di atas riba sesiapa sahaja kecuali ibubapa atau dengan kebenaran ibubapa. Individu tidak dikenali adalah dilarang sama sekali.

3. Ajar anak-anak menghafal nombor telefon ibubapa untuk digunakan semasa kecemasan dan ajar mereka untuk meminta pertolongan pada orang dewasa yang boleh dipercayai seperti polis atau guru sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

4. Tidak mengikut seseorang yang tidak dikenali kemana sahaja kecuali dengan izin ibubapa serta tidak  menerima atau mengambil pemberian sesorang yang tidak dikenali kecuali dengan izin ibubapa.

5. Latih anak-anak membaca 3 Qul iaitu Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq setiap kali sebelum tidur dan juga sebelum keluar dari rumah. Anak-anak perlu diajar bergantung sepenuhnya kepada Allah dengan meminta doa dan pertolongan dari Allah sejak dari awal usia.

6. Biasakan anak-anak memakai pakaian yang tidak mendedahkan anggota badan seperti berseluar panjang, baju melepasi paras punggung dan bertudung untuk usia tertentu agar mereka terbiasa dengan tidak mendedahkan aanggota badan kepada orang ramai.

Kebiasaan menutup aurat ini akan menimbulkan rasa malu pada diri anak -anak apabila aurat mereka terdedah.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Hi Mommy,
Login/Register