5 Ciri Tudung Kanak-kanak Yang Ibu Perlu Tahu Jika Nak Anak Lebih Suka Bertudung

Facebook
Twitter

Anak-anak tidak diwajibkan bertudung sehingga mereka mencapai usia baligh. Namun begitu pendedahan awal tentang aurat dan perasaan malu apabila aurat terdedah perlu diterapkan di awal usia agar mereka merasa tidak merasa sukar untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna bila tiba masanya.

Oleh itu dalam pemilihan tudung untuk anak-anak, ibubapa perlu lihat kepada beberapa ciri yang terdapat pada tudung anak-anak untuk memastikan mereka selesa sepanjang bertudung.

1. Kain tudung lembut dan boleh regang

Kanak-kanak sentiasa bergerak dan bermain tanpa mengira masa. Oleh itu mereka lebih selesa dengan kain jenis lembut dan boleh regang. Material jenis ini juga membuatkan anak-anak kelihatan kemas dan terletak bila bertudung.

2. Kain jenis menyerap peluh untuk lebih selesa

Kain yang menyerap peluh lebih memberi keselesaan kerana mereka tidah merasai peluh melekit di tubuh mereka. Kanak-kanak yang berkulit sensitif juga tidak gemar berpeluh kerana memberi rasa gatal dan tidak selesa.

3. Mengikut saiz sebenar anak-anak

Terdapat pelbagai jenis tudung kanak-kanak di pasaran pada masa sekarang. Namun begitu ibu-ibu perlu memilih tudung yang bersesuaian dengan saiz anak masing-masing bagi memastikan tudung tersebut tidak terlalu besar dan labuh. Tudung yang tidak mengkut saiz anak akan menyukarkan mereka untuk bergerak terutamanya di bahagian bahu dan hadapan.

4. Mudah digosok dan tidak mudah berkedut

Tudung yang mudah digosok serta tidak mudah berkedut pasti memudahkan kerja ibu kerana tidak perlu menghabiskan banyak masa dengan menggosok tudung setiap kali ingin keluar dari rumah.

5. Senang dibentuk

Tudung yang mudah dibentuk  memudahkan kerja ibu apabila anak kelihatan kemas dan terletak dengan hanya sekali sarung sahaja. Bahagian muka tidak terlalu ketat atau terlalu longgar akan membuatkan anak-anak kelihatan kemas dan bergaya.

1 thought on “5 Ciri Tudung Kanak-kanak Yang Ibu Perlu Tahu Jika Nak Anak Lebih Suka Bertudung”

Leave a Reply to sitiaminah wahab Cancel Reply

Your email address will not be published.

Hi Mommy,
Login/Register