Set Buku MAK, SIAPA ALLAH?

Set Buku MAK, SIAPA ALLAH?

(2 customer reviews)

RM69.00

SKU: MSA01 Category:

Out of stock

Set buku “Mak Siapa Allah?’ mengandungi:

1. Buku Mak Siapa Allah? (Hardcover)
2. Buku Tafakkur for kids (softcover)

……………………………

CATATAN 1:

Sengaja saya pilih nama Allah Ar Rahman untuk diketengahkan dalam buku ‘Mak Siapa Allah?’
Kenapa Ar Rahman?
Bukan nama-nama yang lain..
Setiap kali saya membaca Bismillah..saya suka berhenti pada nama Ar Rahman dan Ar Rahim
Saya akan sebut satu persatu sebutan nama-nama ini
Cantik sungguh cara Allah perkenalkan diriNya
Bila faham nama Allah Ar Rahman ni berdasarkan dalil Al Quran dan Hadith,
lain sekali perasaan bila sebut Bismillah.
Rasa begitu hampir dengan kasih sayang Allah.
Buku ini saya garap berdasarkan perbualan harian saya dan Solehah mengenai fenomena awan dan hujan.
Fenomena pembentukkan awan dan turunnya hujan sangat rapat dengan nama dan tindakan Allah Ar Rahman
Hujan ialah tanda kemurahan Allah pada semua mahluk termasuk haiwan, tumbuhan,manusia yang beriman dan yang tidak beriman.
Saya percaya teknik storytelling antara teknik yang berkesan untuk sampaikan nama-nama Allah pada anak kecil,
Dan alam sebagai objek tafakkur untuk kita dan anak-anak renungi bersama.

Puan Siti Aminah,
22 Dec 2020

CATATAN 2:

Pertemuan saya dengan pelukis buku ni memang tak dirancang..

Saya di Malaysia, dia pula di Netherland

Siapa sangka Allah takdirkan pertemuan kami yang beribu batu jauh untuk sama-sama hasilkan buku ni

Pada awalnya saya sungguh tak yakin nak lamar pelukis ni..

Maklumlah bayaran dalam unit pound..bukan biasa-biasa rate pelukis luar negara ni

Tapi Qadar Allah, lepas dia baca storyboard saya terus dia jatuh cinta dan berminat untuk sama-sama hasilkan buku ni

Katanya dia terima berapa saja yang saya sanggup bayar..Allahuakbar..mengalir air mata saya masa tu:cry:

Pelukis saya sengaja pilih bulan Ramadan untuk dia peruntukkan masa dia melukis buku bertemakan nama Allah Ar Rahman..

Semua lukisan dihasilkan guna tangan dan diwarna sendiri menggunakan pelbagai teknik mewarna.

Dia sebenarnya seorang muallaf. Dia beritahu saya dah lama dia berdoa pada Allah supaya hadirkan projek seperti ni yang beri peluang pada dia infakkan lukisan dia sebagai dakwah.

Jujurnya sepanjang berinteraksi dengan pelukis ni banyak perkara saya belajar dari dia..

Tapi part yang paling saya tak sangka ialah nama dia sama dengan saya (saya Siti Aminah, pelukis saya Emina)saya hanya tahu perkara ni bila minta profile dia lepas sama-sama finalize artwork.

Sungguh perancangan Allah paling indah, bila kita tawakkal sepenuhnya pada Dia.

Puan Siti Aminah Sulaiman
23 Dec 2020

2 reviews for Set Buku MAK, SIAPA ALLAH?

  1. Ummu Muhammad

    Niat yang baik, perkongsian yang baik, hasil insyaAllah pasti baik

  2. Fauziah binti Ismail

    Nice book

Add a review

Your email address will not be published.

Hi Mommy,
Login/Register